1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5
waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang &
sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x
setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali
hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x
setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang
dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai
Allah.
5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x
setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari
semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x,
InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit
sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x,
InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan
terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145
x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi
terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x
sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani
orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x
pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin
Allah.
11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak
662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua
musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau
sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu
pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap
(faham).
13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam
kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari
berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari
penyakit tersebut.
14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang
sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa
selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil
segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian
diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat
perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada
waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan
dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam
masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu
masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau
sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan
dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar &
tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah
solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala
kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan
sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan
rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!!
tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah
selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah
menerima nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap
kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari,
maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk
ancaman.
22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau
mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan
membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x
setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala
maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan
jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang
atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai
atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap
hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua
jabatan atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap
hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya,
InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita
makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari
menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan
mustajab.
28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x
sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak
& selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada
tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu
mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu
agama.
30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap
hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku
adil.
31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini
mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan
barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini
setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud
zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang
telah terpisah sekian lama.
33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas
solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan,
syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar
atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap
hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh.
Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada
seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin
syaitan & sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat,
hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad
untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis
solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua
hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat
yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita
yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan
Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak
meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang
& tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya
telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini
sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai
pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah
diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita
berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam
kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga
sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini.
InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan
hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan
yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit
& selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa
sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini
pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan
yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka
tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah
seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi
& mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak
280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka
yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada
Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x
setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di
tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun
gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....
45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat
yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima
Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh.
Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka
amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala
kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa
diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja
yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi
cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah
sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000
x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib
baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan
harmoni.
49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di
mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati &
khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x,
sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.
InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita
sebagai ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan
meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan
ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota
keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319
x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar &
berubah perangainya.
52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah
ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam
menjalankan perintah Allah.
53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang
disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan
zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti
sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin
agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun
berdepan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak
mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk
mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang
jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak
mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari
sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai
pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri
kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah
(muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita
rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari.
InsyaAllah....
60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang
menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari
sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x
setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia &
akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir
ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan
sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan
mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali
bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin
dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin
menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya
Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah
melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian
yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan
zikir ini.
66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar
dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut
memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum
mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir
ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu
bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya
Allah...
68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau
kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.
InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu
namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari,
Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang
dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan
zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini
akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali
Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini
sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan
berhasil".
72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan
kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan
zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan
diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x
sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu
rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak
1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan
membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi
kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi
amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap
pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat,
iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu
memperbanyakkan zikir ini
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa
dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui,
maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan
mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan
berhasil.
79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak
mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana
dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat
dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya
dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan
orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka
hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu.
Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir
ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya
disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini
seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau
ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat,
hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu
& 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat
pertolongan Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir
ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan
tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini
mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada
mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga
kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak
mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut.
Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang
singkat.
88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap
hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil
& kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang
bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir
ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah
kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam
ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi
& telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini
sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu
akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy,
barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit,
sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya
dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad
As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi
apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak,
maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam
perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon
petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan
pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan
yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya &
berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat
fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita
berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak
mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua
perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas,
perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak
500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu
berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini
sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk
sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam
golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,
nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh
Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan.
Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha
& upaya akan mencapai kejayaan.
0 komentar:
Posting Komentar